Friday, December 26, 2008

:+: Perginya seorang ibu.. :+:

Aku ingin mengongsi satu post yang terjadi baru2 ini pada seorang guru yang ku anggap seperti abi ku sendiri yang ku gelar babah, buat telahan kita semua.... Meski tidak punyai hubungan darah namun ukhuwah islamiah juga yang menyatukan kami, ku dan rakan2 seperjuangan lain turut merasai kesedihan beliau kala mendapat tahu pemergian ibu beliau... ..takziah dari kami semua....

Perginya seorang ibu..
Masih tergaman hingga kini. dia meninggalkan aku semasa aku menggemggam erat tangannya.
Malam itu aku hampir tertidur setelah penat sebelumnya tidak tidur. Setelah membaca yasin sebanyak 3 kali (ada hadis dhaif yang menyebutkan bahawa elok membaca yasin pada orang yang orang hampir meninggal, kerana ia akan memudahkan keluar ruh).

Aku terbangun, mengambil wudhu’ lagi dan mula ingin menyambung bacaan yasin untuk kali keempat. Waktu dah jam 1.00 pagi. Aku pegang tangan ibu yang agak tercungap-cungap susah untuk bernafas. Aku pegang nadinya… aku mula membaca yasin.

Tiba ayat-ayat ke belasan, nafasnya mula pendek… kakak, abang dan nenekku semua berada di keliling. Aku membaca lagi perlahan-lahan. Ayat 15, 16 dan ayat 17. Ku rasai nadinya telah terhenti. aku baca lagi mengulangi ayat 17. Nadinya terhenti….

Ummmiiiiiiii……..

Ummi telah pergi. Aku pegang kepalanya merasai nadi pada tepi dahinya. semuanya telah terhenti. Terasa benar betapa dekatnya kematian yang baru sahaja melalui tepi tanganku.
Aku menangis habis-habisannn.. Semua adik beradikku menangis. aku tutup matanya (sebagaimana sunnah).

Alhamdulillah. Walaupun ummi telah pergi, namum aku puas. Ummi selalu sebut pada Abi yang sering kadangkala tidak membenarkan aku keluar dari kampung lama-lama. “Biarlah dia pergi. kita dah tak boleh buat apa yang dia buat. Kita tumpang pahala anak kita”.

Ia beri kekuatan padaku. Ummi tak kesah aku keluar. Tapi aku tetap akan pulang jika ada peluang. Memang, lebih separuh dari pendapatan bulananku adalah digunakan untuk membeli tiket untuk menziarahi ummi.

Paling ku hargai dan menyayukan aku, ummi berkata di saat-saat akhir dia boleh bercakap: “ummi maaf semua kesalahan….” selepas itu, ummi tidak lagi boleh berkata-kata lagi.
Jzklh ummi….. Allah lebih menyayangi mu.

Dan keesokan harinya, anak saudara ku telah bermimpi melihat ummi dalam pakaian yang baru dan tersenyum, datang berjumpanya… dan sedang berjalan menuju ke taman yang sangat indah !

No comments: