Wednesday, June 18, 2008

:+:PUITIS_02:+:

perlahan2 masa berlalu
berdetik2 berputar menyelubungi diri
riang, sedih, tawa, tangis, jatuh, bangun diri lalui
setiap kali berkecai
diri cuba mengutip kembali serpihan2
yg jatuh berderai dan berselerak

kebangkitan datang dan pergi
seperti datang dan perginya angin ribut
seperti hilangnya memori diri
dalam meraih nekad yg kerap kali memerlukan muhasabah diri

kala hadirnya kekuatan untuk bangkit
bertungkus lumus diri mengejar impian
berlari dan berlari
mengejar impian, mengejar tujuan kehidupan
Alangkah indahnya tika itu...

Kala kemunduran meniti hari
jiwa dirundung kegelisahan tak henti2
terasa kedewasaan tersekat2
sedih,sgt2 sedih
andainya diri bisa berfikir seeloknya
pasti kesesalan dan kesedihan itu takkan pernah merelung hati ini

Takdir??
usahlah disalahkan takdir,
kerana keputusan berfikir tetap ditangan sndiri

Kasih??
usah salahkannya
kerana ia mengundah hidup
namun ia tetap satu ketetapan yg mengikut alam

Cinta??
tidak..
ianya bukan salah cinta
kerana cinta tetap satu anugerah ilahi
namun terpulanglh pd diri untuk mengawalnya...

diri??
ya...setentunya ianya salah diri..
kerana gagal mengawal cinta yg hadir
gagal memandu kasih yg terbit.

Kini hanya bisa menyusuri perubahan
menyusuri arus yg perlahan2 merubah diri
meskipun terseksa dan terusik dgn kehidupan
namun tetap perlu meniti kehidupan
berlari-lari tanpa perlu menoleh smula kebelakang
jika tertoleh lekas2 menarik diri
jika tertenggelam smula lekas2 memegang pelampung penyelamat
jika terlantar kepenatan jgn pernah berfikir utk berputus asa
hidup bukan utk masa silam
hidup adalah utk hari seterusnya
meskipun perlu menyusuri dlm kesedihan
itulah kehidupan
itulah arus nafas diri....

No comments: